Saturday 25 February 2012

worksheet mari mewarna! HAIWAN liar! :)

Perlindungan hidupan liar kini telah menjadi isu yang menarik minat seluruh dunia. Beberapa jenis haiwan yang kecil bilangannya di dunia ini sedang menghadapi kepupusan jika tidak diberi perlindungan khas. Sekiranya haiwan ini pupus, generasi akan datang hanya akan mengetahuinya dalam khayalan sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menyelamatkan haiwan liar yang semakin pupus ini.Sehubungan dengan itu, kanak-kanak perlu mendapat pendedahan tentang kepentingan menjaga haiwan sama ada haiwan peliharaan atau haiwan liar supaya hidupan ini terpelihara. Pendidikan mengenai hidupan ini perlu dititikberatkan sejak dari awal lagi agar melahirkan kanak-kanak yang penyayang dan bertanggungjawab.



















Seni mewarna dan melukis dengan kanak-kanak



Lukisan merupakan terapi dan medium yang terbaik untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan menghasilkan sesuatu perkara atau benda yang dilihatnya. Kadang-kala hasil lukisan mereka lebih jujur dan istimewa apabila menggabungkan pemerhatian dan daya imaginasi sendiri.

Ini dapat dilihat ketika mengendalikan kelas seni. Biarpun diarah untuk melakar lukisan pemandangan taman (pokok, rumput, bunga) yang tertera di dinding, tetapi setiap kanak-kanak menghasilkan lukisan yang berbeza. Ini kerana ada yang menambah gambar burung, rama-rama, tasik dan sebagainya," katanya yang menyifatkan subjek seni penting supaya motor otak kanan kanak-kanak bergerak aktif, selain otak kiri yang berfungsi dalam hal berkaitan pengiraan.

Friday 24 February 2012

Muzik Dan Kanak-kanak :)

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak.Semua rangsangan stimulasi muzik ini dapat memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.


peranan muzik untuk kanak-kanak.
  1. Keupayaan pemikiran asas penting untuk matematik dan sains dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.
  2. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
  3. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.
  4. Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.
Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama anak-anak anda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru.

Worksheet Sains untuk si cilik hebat.

sains awal sangat berguna untuk perkembangan kanak-kanak. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling mereka.

ini adalah contoh-contoh worksheet yang boleh digunaakan untuk pembelajaran sains bagi kanak-kanak taska @ kindergarten dan prasekolah.


 1.  TUMBUH-TUMBUHAN.

 flash card atau kad bergambar yang seperti di atas sangat menggalakkan sains dan rasa ingin tahu tentang kitaran hidup tumbuh-tumbuhan. Kad-kad bergambar digunakan sebagai intro atau pengenalan untuk sains hayat, dan juga membantu dengan kemahiran mengira dan berurutan.

 
             Berapa banyak anak anda tahu tentang bahagian-bahagian bunga cantik di hadapan mereka? Lembaran kerja yang berwarna-warni ini mempunyai cabaran yang menyeronokkan: Ia meminta kanak-kanak untuk melengkapkan rajah di atas dengan mengisi bahagian-bahagian bunga dengan nama.

2. BENDA HIDUP> living things.
 Antara imej yang comel adalah serangga, dan  haiwan? kanak-kanak Prasekolah anda boleh menyusun gambar mengikut kategori? Seperti yang anda menguji pengetahuan alam haiwan, dia akan mengukuhkan keupayaannya untuk meletakkan idea ke dalam kategori, yang merupakan kemahiran yang diperlukan untuk konsep sains dan matematik.


3. KEMAHIRAN MENULIS DAN MELUKIS.

Lembaran kerja ini menawarkan menulis ayat tentang haiwan. Ia adalah cara yang hebat untuk kemahiran menulis kank-kanak. tambahan itu, terdapat cara-cara untuk melukis dan pastinya kanak-kanak akan teruja dengan lukisan dan mereka berimaginasi sendiri.





 pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar.

selamat MENCUBA! 

worksheet sains untuk kanak-kanak. PERCUMA!

worksheet atau lembaran kerja sangat membantu dalam pengukuhan pembelajaran kanak-kanak. penggunaan worksheet hendaklah sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. disini kami sediakan workshet SAINS untuk guru dan kanak-kanak secara percuma. :) 

1. benda hidup dan benda mati. (livings things)



2. Hidup dan Habitat Haiwan.





lembaran kerja ini dapat membantu tahap perkembangan dan pemahaman kanak-kanak tentang hidupan sekeliling dan guru amat berperanan dalam membentuk kanak-kanak yang pintar dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang berkualiti.  selamat maju jaya. :)

Wednesday 8 February 2012

website MATEMATIK untuk kanak-kanak.

Moral education
Maths: stories on maths




Cara yang baik untuk mengajar matematik

  • 50 cerita dan pengajaran, aktiviti melalui cerita-cerita moral, permainan kreatif yang menghiburkan, bagi  membantu kanak-kanak untuk mencapai KEMAHIRAN HIDUP (matematik) yang penting untuk menjadi kreatif dalam bidang sains yang tepat.
  • Latihan melalui cerita dongeng dapat  membantu kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif dalam  sains - matematik,
  • Cari bagaimana untuk membangunkan kemahiran matematik demi kepentingan kanak-kanak.




Laman web ini menyediakan aktiviti-aktiviti hanya untuk matapelajaran matematik yang bersesuaian dengan kanak-kanak. pelbagai contoh aktiviti yang disediakan untuk pembelajaran awal matematik untuk kank-kanak. Walaubagainapun, terdapat banyak koleksi yang disediakan oleh kindbook ini. antaranya ialah:

crayola


PENGENALAN
 
Laman web ini mempunyai lebih 1000 aktiviti kraf, mewarna dan rancangan mengajar untuk kanak-kanak. Tambahan itu, laman web ini juga memberi perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang ingin mendapatkan pelbagai bahan yang diperlukan hanya dengan mendaftar masuk di laman web ini.


Tanggungjawab Sosial & Alam Sekitar daripada Crayola
 
Pada Crayola ini, mereka percaya bahawa "bertanggungjawab" ertinya melakukan apa yang betul. Iaitu menjadi warganegara yang baik dalam masyarakat dan negara-negara di mana mereka beroperasi dan produk mereka boleh didapati. Ini bermakna menggabungkan keutamaan dan amalan sosial dan alam sekitar ke dalam jenama Crayola.


AKTIVITI

1. Mewarna Gambar.


2. Idea Kraf Tangan


3. Permainan yang Menyeronokkan.
  • snowman builder
  • rainbow the spouting trout
  • frantic factory.
  • color wonder terasure hunt.
  • fireworks spectacular



4. laman web ini juga menyediakan pelbagai maklumat dan info untuk para pendidik. (FOR EDUCATOR)


see all opportunities
See all resourcessee all experiences
find out more about Crayola Dream-Makers®


5. Terdapat banyak maklumat yang boleh digunakan untuk ibubapa.


Arts & Crafts
Find art activities for parties, rainy days, or any day. Search by theme or art material to find all your creative project ideas.


Coloring & Activities
Crayola.com has more than 1000 print-and-color images, games, activities, and crafts to engage creative young minds.


Celebrations & Parties
Whether you’re planning a holiday celebration or a birthday bash, Crayola.com can help!


Parents & Teachers as Partners
Exchange ideas and find out ways to open up the lines of communication in your school.


Power of Creativity
Learn about the importance of creativity and find simple ways to bring creativity into your home.


Family Travel
Check out tips on traveling with kids. Print out travel games and enjoy hours of traveling fun.





KELEBIHAN



 
  • Laman web ini dapat memberikan pemikiran kreatif untuk kanak-kanak bagi meluaskan bidang kesenian. 
  • Kanak-kanak dapat meluangkan masa mereka untuk merekacipta sesuatu bahan seni dengan kreatif 
  • Laman web ini juga memberikan kebaikan kepada para guru sebagai penyediaan bahan pengajaran. 
  • Terdapat lebih kurang 1000 aktiviti mewarna,kraf dan lesson plan disediakan.
  • Turut menyediakan kolum pendidikan kanak-kanak serta kolum untuk ibu bapa.
  • Sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur dan membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif,bahasa dan literasi awal,fizikal(motor kasar dan motor halus)dan sebagainya.
  • Crayola juga terdapat pelbagai kemudahan seperti story studio,kalender,hand-on discovery,free training modules dan light,camera,colour!
  •  Bermain permainan secara online juga turut disediakan untuk kanak-kanak.