Gagasan
Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menggalakkan penggunaan internet di
kalangan rakyat Malaysia. Walaupun kecapaian internet belum menyeluruh
di negara ini, tetapi teknologi ini telah digunakan di semua peringkat
masyarakat, termasuk golongan kanak-kanak.
Kanak-kanak
boleh mendapatkan banyak maklumat tentang negara, sistem pendidikan,
budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet.
Golongan kanak- kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama
di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang
dicari sukar didapati. Kini, kanak-kanak mendapat semua maklumat yang
diperlukan dengan hanya menekan butang komputer. Dengan bantuan
internet, kanak-kanak boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang
dikehendaki secara mudah. Capaian kepada internet melibatkan banyak
elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail Archie, kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting). Internet juga
membenarkan komunikasi antara kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan
e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada
pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh
bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber
mereka.
Pertukaran
maklumat antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan mental
dan psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi
peluang kepada kanak-kanak membuat analisis yang lebih mendalam ke atas
subjek yang diminati. Perpustakaanperpustakaan di seluruh dunia
merupakan sumber kepada kanak-kanak untuk pengkajian terhadap sesuatu
subjek dalam pembelajaran mereka. Jika maklumat yang dicari tidak
terdapat di perpustakaan tempatan, maklumat ini dapat diperoleh dan
perpustakaan di luar negara.
Kanak-kanak
boleh didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa.
Kanak-kanak didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita,
maklumat dan foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat.
Semakin matang pemikiran mereka, kanak-kanak dibenarkan melanggan dan
menyumbang buah fikiran kepada kumpulan perbincangan bagi berkongsi
berita dan pengalaman. Kanak-kanak yang didedahkan kepada World Wide Web
(www) dapat mencari maklumat yang dikehendaki.
Di
peringkat umur yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai
masalah sosial seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam
dan disko. Dengan adanya internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar
rumah. Mereka menghabiskan masa melayari internet mencari maklumat
ataupun membaca pelbagai bahan menarik yang dipaparkan. Mereka dapat
menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta,
motosikal dan kereta api sebagai hobi. Im bukan sahaja mengisi masa
lapang kanak-kanak, malahan meningkatkan kecerdasan otak.
Internet
juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang
berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada
golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik
yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak
untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat.
Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu,
kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh
tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang
paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak senang tertarik dan
ingatan mereka bertambah baik.
Kesimpulannya,
pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak
kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan
bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia.
Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan
interaksi antara individu menjadi semakin mudah.
If you're looking to lose weight then you have to start following this brand new tailor-made keto meal plan.
ReplyDeleteTo create this keto diet service, licensed nutritionists, fitness trainers, and cooks have united to produce keto meal plans that are powerful, convenient, cost-efficient, and fun.
From their launch in early 2019, 1000's of clients have already remodeled their body and well-being with the benefits a smart keto meal plan can give.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones provided by the keto meal plan.