Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memurnikan
dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM (
National Council of Teachers of Mathematics, 1980 ) telah menggariskan
cadangan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Cockcroff ( 1982 ) menyarankan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga
boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi
yang sama mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran lain di sekolah.
Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian
terpenting dalam pendidikan matematik dan perlu dititikberatkan.
Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna seseorang pelajar
tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Mengikut Laporan
Cockcroff ( 1982 ) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemah
kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah
terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur
konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Situasi ini telah
menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Masalah dan kesukaran mentelaah ini boleh diatasi melalui penggunaan
komputer ( Lim 1989 ).
Hasil beberapa kajian yang telah
dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992;
Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:-
- Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.
- Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah serta berkesan.
- Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada menunjukkan peningkatan yang posotif.
- Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.
Proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan komputer melibatkan beberapa aplikasi
seperti spreadsheet, multimedia dan internet. peranan dan penggunaan
internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem
pendidikan negara khususnya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung
melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat
umumnya.
Melalaui kajian yang telah dijalankan oleh Christie (
1996 ) terhadap penggunaan mel elektronik( e-mail ) dan penerokaan
maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain
daripada semangan belajar secara kumpulan ( pembelajaran kooperatif),
para pelajar juga semakin mesra dengnan alat teknologi ini dan sentiasa
berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality ).
Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik
perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran
dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa
banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat
kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang
perbezaan sosial di kalangan pelajar harus diambil kira semasa
pendedahan teknologi komputer internet diberikan ( Bier et, 1996 ).
Kang
( 1995 ) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel elektronik ke
atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para
pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar
sejauh 25,000 batu jauhnya sampai dalam beberapa minit sahaja. Para
pelajar juga amat berhati - hati semasa menulis mesej supaya tidak
terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima
dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa,
khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti
mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang
akhir - akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi
yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Do you understand there's a 12 word sentence you can say to your partner... that will trigger deep feelings of love and impulsive attractiveness to you buried within his heart?
ReplyDeleteThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, idolize and look after you with his entire heart...
12 Words Will Fuel A Man's Love Instinct
This impulse is so hardwired into a man's genetics that it will drive him to try better than before to make your relationship as strong as it can be.
Matter-of-fact, fueling this powerful impulse is absolutely binding to achieving the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of the "Secret Signals"...
...You'll soon find him expose his soul and mind for you in such a way he's never experienced before and he will recognize you as the only woman in the world who has ever truly tempted him.