Muzik


Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak.Semua rangsangan stimulasi muzik ini dapat memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Berikut merupakan video muzik dan pergerakan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ianya ringkas dan amat menarik untuk kanak-kanak dan membantu guru dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu,video ini juga merangsang kanak-kanak untuk mengembangkan pengetahuan,imaginasi dan kreativiti mereka selain dalam pembelajaran dan pengajarannya.




https://www.youtube.com/watch?v=e54m6XOpRgU

http://www.youtube.com/watch?v=wyeYYEbdLyU





https://www.youtube.com/watch?v=gxphoOOwTbo





http://www.youtube.com/watch?v=F7F3cH4Rukg&feature=related





Walaubagaimana pun, ini juga merupakan video yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran bagi kanak-kanak di taska atau prasekolah. Ianya menarik,ceria dan sesuai dalam menjalankan aktiviti bersama.




http://www.youtube.com/watch?v=PR3UCF4QGEw&feature=related






http://www.youtube.com/watch?v=yCjJyiqpAuU&feature=related






http://www.youtube.com/watch?v=5IO24dCmxk0&feature=related

No comments:

Post a Comment