Ritma

Ritma ialah rentak yang dibuat daripada bunyi dan senyap. Bunyi dan senyap yang diletakkan bersama-sama dengan corak bentuk bunyi yang berulang kali untuk mewujudkan irama. Rentak mempunyai rentak yang stabil tetapi ia juga mungkin mempunyai banyak jenis daripada rentak. Beberapa rentak mungkin lebih kuat atau lebih panjang atau lebih pendek atau lebih lembut daripada yang lain. Dalam muzik, komposer boleh menggunakan pelbagai irama.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh mencari rentak di mana sahaja. Samaada dalam bola keranjang, hujan yang turun atau bertepuk tangan.
Jika anda ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai muzik sila klik link di bawah. Link ini mengajar mengenai instrumen orkestra, asas membaca muzik dan mempunyai radio dalam talian untuk mendengar hit terbesar beberapa muzik klasik.
PERANAN MUZIK MEMUPUK MINDA KANAK-KANAK
MUZIK sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyi-bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. 

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik
 kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan
keupayaan intelektual kanak-kanak.

Pada trimester ketiga pembesaran janin, otak sedang membuat persediaan untuk operasi lengkap. Oleh itu, ia mudah menerima sebarang bentuk informasi. Ketika itu, telinga fetus telah terbentuk sepenuhnya dan perlahan-lahan mula mengenali suara ibu dan bunyi sekeliling.

Pada peringkat ini, Stimulasi Prenatal adalah digalakkan kerana kaedah ini melibatkan pelbagai rangsangan seperti bunyi, gerakan, tekanan dan getaran unuk berkomunikasi dengan bayi anda sebelum bayi dilahirkan.

Pada peringkat ini, bayi mula belajar mengenali dan bertindak-balas kepada rangsangan berbeza yang membantu dalam perkembangan fizikal, mental dan deria mereka. Latihan ini membantu mengukuhkan ikatan hubungan ibu dan bayi, serta membantu dalam perkembangan emosi dan potensi intelektual bayi.

Dalam tempoh sebelum dan selepas bayi dilahirkan, muzik klasik telah diyakini dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap kepintaran
 kanak-kanak. Tetapi kajian menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan degupan jantung bayi bertindak balas terhadap muzik klasik, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa bayi hanya menggemari muzik klasik.



Dibawah ini terdapat beberapa website untuk kanak-kanak melibatkan muzik.





Website pertama ialah Giggle Poetry:







·         Web ini mempunyai puisi yang menyeronokkan untuk kanak-kanak pelajari.

Website kedua pula ialah Do Re Me Maria:








·         Aktiviti di dalam website ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun.
·          Website ini sesuai untuk ibubapa dan guru untuk pembelaran kanak-kanak.
·         Pembelajaran melalui irama dan lagu.
·         Mempunyai cd muzik dan aktiviti untuk kanak-kanak.






Website ketiga ialah Kids Front:




·         Website ini tentang pembelajaran melalui puisi, sajak, sajak pendek, puisi Bahasa Inggeris dan puisi pendek untuk kanak-kanak.

·         Mempunyai pelbagai jenis sumber pendidikan untuk kanak-kanak secara percuma.

·         Puisi Nurseri bukan sekadar bercerita, ia membantu kanak-kanak untuk belajar bunyi indah bahasa.






No comments:

Post a Comment