Sains

sAins AwaL


  • Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. 
  • Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. 
  • Menurut Joseph  Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. 

  TUJUAN pendidikan sains awal kepada kanak-kanak.
  • Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. 
  • pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar.
  • Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.


website SAINS untuk kanak-kanak
  1. http://www.sciencekids.co.nz/
  2. http://www.zoodles.com/free-online-kids-games/4-year-old
  3. http://www.bbc.co.uk/schools/scienceclips/ages/5_6/science_5_6.shtml
  4. http://www.nickjr.com/printables/go-diego-go/learning-pages_nature-science/4-5-years/index.jhtml
  5. http://www.brainpop.com/



Maklumat Website SAINS 

1.    SCIENCE KIDS 



Pengenalan


Laman Web ini mengandungi pelbagai topik sains yang sangat sesuai dengan kanak-kanak untuk belajar dan selaras dengan perkembangan kanak-kanak. Antara topik sains mengenai dunia mengagumkan sains dengan menikmati eksperimen sains yang menyeronokkan, fakta sains, permainan online, aktiviti-aktiviti percuma, idea yang menarik, rancangan pelajaran, gambar, kuiz, video & projek sains untk kanak-kanak.


sasaran Umur 

Laman web ini juga sesuai untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 4 hingga 8 tahun dan keatas.




 Kelebihan 

  1. Dapat belajar sains melalui pelbagai aktiviti permainan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan sangat seronok.
  2. Kanak-kanak mampu memahami dengan lebih lanjut tentang Alam hidupan seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. 
  3. terdapat juga video pelbagai haiwan yang hebat antaranya sotong gergasi dalam tindakan, ikan lumba-lumba melakukan helah yang luar biasa, belajar tentang beberapa haiwan terpantas di dunia, mengetahui apa yang menjadikan lebah sangat istimewa, bagaimana ikan buntal mempertahankan diri dan banyak lagi. 
  4. Mencabar pengetahuan anda haiwan dengan mencuba salah satu daripada haiwan menyeronokkan dalam kuiz. Berapa banyak yang anda tahu mengenai serangga, burung, binatang bayi, makanan haiwan, habitat mereka dan tingkah laku?
  5. terdapat juga gambar-gambar haiwan dan tumbuhan yang menarik untuk dilihat.  

 Worksheet sains untuk kanak-kanak

No comments:

Post a Comment