Admin



DR MAHANI BINTI RAZALI
(PENASIHAT BLOG & PENSYARAH)

(Sukacita dimaklumkan, Dr. Mahani binti Razali telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) yang baru berkuatkuasa 1 April 2011)


(KAD 1013) Aplikasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Pengenalan
Penggunaan ICT mampu menjadikan proses pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak lebih menarik, meluas dan mengkagumkan. Bagaimanapun, antara isu utama yang sentiasa menjadi agenda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah dari segi keberkesanan pembelajaran berbantukan elemen multimedia seperti komputer,radio,kamera dan sebagainya.
Penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian dapat membantu dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan terhadap seseorang kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk awal kanak-kanak tidak boleh terlalu berat dan ia haruslah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut.

PENGGUNAAN BAHAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Penggunaan bahan ICT agak terkenal di negara-negara barat dan keberkesanannya amat maju. pelbagai aktiviti menarik dapat dijalankan melalui ICT ini seperti permainan menguji minda kanak-kanak dan banyak lagi. Aktiviti seperti nyanyian, menggabungkan pembelajaran dengan menggunakan sofware atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Mereka juga boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001).

WARGA CILIKHEBAT:

Kami dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, pelajar semester 2(2011/2012) dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ingin memberi info dan maklumat tentang kebaikan Aplikasi ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.Blog ini juga turut menyediakan laman web yang mengandungi aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dalam setiap peringkat umur bagi menggalakkan perkembangan mereka.

Laman web ini disediakan bagi memberikan dan memudahkan ibu bapa serta guru untuk pendidikan awal kanak-kanak sebagai contoh untuk memberikan aktiviti yang sesuai berdasarkan peringkat umur. Selain itu, laman web ini juga mengandungi pelbagai permainan,aktiviti,video,lembaran kerja,kraf dan sebagainya secara percuma.Tambahan itu,laman web ini hanya menyediakan info dan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak sahaja.
  

BLOGGER

 Nurul Nadhirah Binti Ab.Rashid
E20101000939 


 Adia Binti Mhd Saed
E20101000952


 Nurul Shuhada Binti Dzulkarnain
E20101000949


 Nurul Izzati Binti Muhammad
E20101000933


Premawathy Rajendran
E20101001009

No comments:

Post a Comment